Friday, May 18, 2007

Fanatik

" Ke tepi ke tepi gergasi sudah kembali, menerap revolusi tergempar industri, dari 92 hingga 7 tiba, perjuangan ku aku akan terus bersama, kini irama bertahta membina empayar, program utana untuk menakhluk dunia, tak gentar dengan misi walaupun kontroversi, aku rela mati dari hidup penuh hipokrasi"

KRU. Salah satu band yang tak asing kat Malaysia ni. Mula memasuki industri muzik Malaysia pada tahun 1992. Masa tu 1st album dorang, Canggih diedarkan. Album ni sepenuhnya di produced oleh mereka dari A sampai Z. Masa tu la aku start minat kat dorang. Hahaha. That time kalau ada artis yg muda belia buat album sendiri, salute giler la. Fanatik giler aku kat dorang ni masa tu takleh nak cakap la. Adik2 aku termasuk parent aku tau betapa fanatiknya aku kat dorang. Hahaha. Setiap album dorang aku beli. Setiap majalah muka depan pic dorang aku beli. Malah ada sket je berita pasal dorang dalam majalah atau suratkhabar yang tak sampai 12 baris pun aku beli. Hahaha. Bila pikir2 balik, benda bodoh je aku buat tu.

Aku join kelab peminat dorang, KRU Posse. ID aku K6797. Hahaha. Aku rasa skrg ni ID tu dah diambil oleh orang lain kot. Aku juga salah sorang agent untuk promote merchandise dorang. Agent ID aku , EP1001. Dapat gak la aku convince student2 aku masa tu beli barang2 dorang hahaha. Masa tu aku jadi cikgu sandaran kat sekolah menengah. Setiap kepingan berita dorang dalam suratkhabar, aku potong dan lekatkan dalam buku khas. Ada la dekat 3 buku yanh setiap satunya 500 mukasurat. Hahaha. Beli video tentang dorang pun ada gak. Aku beli 1st album Elite & Najib Ali sebab dorang. Kalau pikir2 balik, buang duit je. Hahaha.

Last album aku beli, The Way We Jam, album Inggeris sepenuhnya dari dorang. Pastu aku tak beli dah album dorang dan sewaktu dengannya. Aku mula ilang minat pada dorang masa kes Edry tu la. Sapa yang tak tau kan. Semua magazine, keratan2 akhbar yang aku simpan aku bakar. Hahaha. Tapi album ada lagi kot kat umah kat kg. Since that insidence, aku dah tak suka kat dorang. Banyak gak memori aku dgn dorang.

Selepas tu, aku tak pernah lagik fanatik kat mana2 artis pun. Biasa2 je la. Setakat beli album tu ada la. Sebab aku rasa, buang masa je terlalu fanatik atau mengagung2kan artis ni.

Untuk tatapan sume dan peminat mati keras KRU, aku selitkan vc dorang, Mengerti. :D



Thursday, May 17, 2007

Finally

Finally, aku dapat keje. Sama macam sebelum ni, keje kat kolej gak. Kolej ni agak establish sbb segalaya dikawal oleh Yayasan Pendidikan Cheras. So aku kena lah pindah kat Cheras ni and duk dgn adik aku. Umah kat Rawang tu adik aku yg satu lagik duk situ. Kalau dia nak cari keje lain, kena angkut la sume barang tu.

So this is my new place for me untuk cari rezeki. Dan harap aku lama kat sini. InsyaAllah.


Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Tuesday, May 15, 2007

Job

Dah sebulan duk tanam anggur. Application aku rasa dah beratus apply. Interview attend banyak kali. Nak kata memilih tu tak jugak. Tapi aku tgk gak la keje tu area mana. Orang yang berharapkan public transport mcm aku ni pk dua kali la kalau aku kena gi keje naik 5-6 public transport utk gi keje. Yg senang aku nak gi je aku apply. nak sewa umah lain aku rasa tak berbaloi. Ntah la. Doakan la saya dapat keje yer?

Thursday, May 10, 2007

Slamdunk

Satu-satunya anime yang aku completed tonton. Actually masa tayang kat tv ada la 2-3 episode je aku tgk. Since adik aku beli complete set vcd Slamdunk ni, aku mula jatuh hati. Tak kisah la orang kata aku terlambat ke apa. Tapi aku suka sgt anime ni. Dah beratus kali aku tamat tonton vcd ni. Kepada peminat-peminat Slamdunk, sila la comment yer? Watak yang paling aku sekali ialah Sakuragi Hanamichi. Aku baru je beli satu set vcd Slamdunk ni dari episode 1-36. Memandangkan member adik aku pinjam completed vcd tu, aku kena beli gak sbb dah lama tak tengok. Hahaha.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Ni ada link episode 1 anime ni. 19 minit something. kena tunggu la jap yer?



Another collection of Slamdunk. :D

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Teringin

Hahaha. Actually 3-4 tahun tahun lepas aku ada blog. tapi tak pernahnya update, So this is an introduction for blog aku yang ntah ke berapa. Hehe. Tgk ramai yang menulis dan meluahkan di sini so aku cam teringin gak la.

Nanti la aku update ekk?