Friday, May 18, 2007

Fanatik

" Ke tepi ke tepi gergasi sudah kembali, menerap revolusi tergempar industri, dari 92 hingga 7 tiba, perjuangan ku aku akan terus bersama, kini irama bertahta membina empayar, program utana untuk menakhluk dunia, tak gentar dengan misi walaupun kontroversi, aku rela mati dari hidup penuh hipokrasi"

KRU. Salah satu band yang tak asing kat Malaysia ni. Mula memasuki industri muzik Malaysia pada tahun 1992. Masa tu 1st album dorang, Canggih diedarkan. Album ni sepenuhnya di produced oleh mereka dari A sampai Z. Masa tu la aku start minat kat dorang. Hahaha. That time kalau ada artis yg muda belia buat album sendiri, salute giler la. Fanatik giler aku kat dorang ni masa tu takleh nak cakap la. Adik2 aku termasuk parent aku tau betapa fanatiknya aku kat dorang. Hahaha. Setiap album dorang aku beli. Setiap majalah muka depan pic dorang aku beli. Malah ada sket je berita pasal dorang dalam majalah atau suratkhabar yang tak sampai 12 baris pun aku beli. Hahaha. Bila pikir2 balik, benda bodoh je aku buat tu.

Aku join kelab peminat dorang, KRU Posse. ID aku K6797. Hahaha. Aku rasa skrg ni ID tu dah diambil oleh orang lain kot. Aku juga salah sorang agent untuk promote merchandise dorang. Agent ID aku , EP1001. Dapat gak la aku convince student2 aku masa tu beli barang2 dorang hahaha. Masa tu aku jadi cikgu sandaran kat sekolah menengah. Setiap kepingan berita dorang dalam suratkhabar, aku potong dan lekatkan dalam buku khas. Ada la dekat 3 buku yanh setiap satunya 500 mukasurat. Hahaha. Beli video tentang dorang pun ada gak. Aku beli 1st album Elite & Najib Ali sebab dorang. Kalau pikir2 balik, buang duit je. Hahaha.

Last album aku beli, The Way We Jam, album Inggeris sepenuhnya dari dorang. Pastu aku tak beli dah album dorang dan sewaktu dengannya. Aku mula ilang minat pada dorang masa kes Edry tu la. Sapa yang tak tau kan. Semua magazine, keratan2 akhbar yang aku simpan aku bakar. Hahaha. Tapi album ada lagi kot kat umah kat kg. Since that insidence, aku dah tak suka kat dorang. Banyak gak memori aku dgn dorang.

Selepas tu, aku tak pernah lagik fanatik kat mana2 artis pun. Biasa2 je la. Setakat beli album tu ada la. Sebab aku rasa, buang masa je terlalu fanatik atau mengagung2kan artis ni.

Untuk tatapan sume dan peminat mati keras KRU, aku selitkan vc dorang, Mengerti. :D



No comments: